Dengan
nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Ummah Muhammad s.a.w diberikan
kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan
iktikaf di dalam masjid.. Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang
kelebihannya.. Antaranya,
Pertama, Allah s.w.t menjamin akan
mendirikan sebuah rumah di syurga kelak bagi sesiapa yang mendirikan masjid..
Hal
ini berdasarkan hadith soheh riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud
"Daripada Uthman bin Affan r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang
membina masjid semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Maka, Allah
s.w.t akan membina baginya sebuah masjid atau rumah sepertinya di syurga."
Kedua, Pahala membina masjid itu
kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas
kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sihingga berlakunya
Qiamat..
Ianya
berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud " Daripada Abu
Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang
mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar
dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang
diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang
dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada
hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas
kematiannya."..
Ketiga, Sesiapa yang menyapu dan
membersihkan masjid juga akan mendapat ganjaran dan kelebihan daripada Allah
s.w.t..
Daripada
Anas Bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku
pahala-pahala ummahku termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid..
Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang
paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat yang
telah dihafalnya"..
Keempat, Banyak hadith yang
menjelaskan kelebihan sesiapa yang pergi ke masjid dan duduk di dalamnya..
Antaranya,
Daripada
Ubai bin Ka'ab r.a Rasulullah s.a.w bersabda , aku mengenali seseorang lelaki
yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah
meninggalkannya walaupun satu solat.. Dikatakan kepadanya atau aku berkata
padanya, adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggani
pergi ke masjid ketika waktu gelap dan panas,, Lalu di menjawab.. Apa yang
menggembirakanku ialah jarak antara rumahku ke masjid , aku mahu sekiranya
langkahku berulang alik antara masjid ke rumah dan keluarnya dituliskan
pahalanya.. Rasulullah s.a.w berkata "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghimpunkan
semuanya itu untukmu".. (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam Hadith lain,
Daripada
Abu Hurairah r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang keluar dari
rumahnya dalam keadaan suci berwudhu' untuk menunaikan solat fardhu, balasannya
seperti pahala orang yang menunaikan haji dan sesiapa yang keluar untuk solat
dhuha, balasannya sama seperti orang yang mengerja umrah."
Rasulullah s.a.w menggambarkan betapa
besarnya nikmat yang dianugerahkan kepada mereka yang mendirikan ,
mengimarahkan dan beriktikaf di dalam masjid.. Kesemuanya ini merupakan satu
evolusi yang cuba dihamparkan oleh Rasulullah s.a.w supaya ummahnya menjayakan
instituti masjid sebagai medan teras kekuatan Ummah.. Kerana itulah, ketika
mana hadir Baginda s.a.w melangkah ke Kota Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah
s.a.w memberikan suri tauladan kepada Ummah dengan pembinaan Masjid yang
pertama di Bumi Quba.. Tujuan nya apa?.. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk
diimarahkan dan bersama beriktikaf di dalamnya supaya dapat ummah bersama
menyelesaikan masalah pentadbiran Alam..
Lihatlah, bagaimana Baginda s.a.w
mencetuskan ilham untuk membina Masjid Nabawi supaya ianya menjadi medan nadi
peneraju perkembangan kemajuan Negara Islam Madinah.. Masjid menjadi medan
sumber untuk membina kekuatan dakwah menyebarkan syiar Islam, Masjid juga
dijadikan tempat untuk memacu kestabilan politik supaya kelangsungan keadilan
terus dinikmati rakyat, masjid juga dijadikan medan perbicaraan ekonomi,
perkembangan perhubungan sosial dikalangan rakyat Madinah terus dipacu
bersumber al Quran dan as Sunnah yang mana ianya berkembang bermula dengan
penghayatan berjemaah di masjid..
Masjid juga dijadikan pusat keilmuan
yang melahirkan intelektual yang berkarisma dan berpengatahuan luas.. Lihat
sahaja Ahli politik yang dilahirkan oleh Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu
Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab.. Ahli perniagaan yang terkenal
Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.. Jeneral perang yang lengkap dengan strategi
peperangan seperti Usamah Bin Zaid r.a.. Kesemuanya mereka dilahirkan daripada
institusi Masjid Nabawi lantas menjadi mereka yang hebat dan terkenal..
Lantaran itulah Rasulullah s.a.w
memberikan motivasi kepada Ummahnya dengan ganjaran yang bakal diterima kepada
mereka yang membina, mengimarahkan dan beriktikaf di masjid.. Kerana institusi
Masjid merupakan dasar yang wajib digunakan untuk menjana kekuatan Ummah..
Sekiranya kita lihat pada zaman ini..
Ummah Islam yang ramai ini lemah.. lantaran kerana lemah dan dhaifnya institusi
Masjid.. Masjid hanya dibina dengan megahnya.. tetapi, sunyi dan sepi tanpa
diimarahkan.. Iktikaf hanya sekadar tidur.. Bukannya mengadakan perbincangan
atau pemesyuaratan untuk meningkatkan kualiti Ummah.. Masjid hanya dijadikan
simbolik kekuatan.. Tetapi, sebenarnya lompong dan kosong kedudukan ummah di
akhir zaman ini..
0 comments:
Post a Comment